MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2016


Majlis Khatam Al-Quran merupakan satu acara tetap yang dianjurkan oleh Masjid Sultan Ismail Chendering. Majlis tersebut telah berlangsung petang tadi di ruangan solat Masjid. Majlis Khatam Al-Quran dipimpin bacaannya oleh YBhg. Ustaz Haji Ahmad Roslim bin Ja'afar. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara cabutan nombor bertuah untuk para hadirin yang menghadiri majlis tersebut. Kehadiran para hadirin amat-amat bermakna buat pihak Masjid yang mana menjadi satu slogan "Masjid Pusat Komuniti Masyarakat" hubungan erat di antara Masjid dengan masyarakat setempat. Majlis Khatam Al-Quran dapat berjalan dengan jayanya. Diharap Majlis seumpama ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan In Sha Allah....
First